"...you are in good shape"
...semangat dan mood cuti raya cina masih terasa, sebab kebanyakan sekolah masih bercuti, dan paling penting sebab cik abg. sayang pun masih cuti..tapi sebab Prof. dah tetapkan mesyuarat kemajuan para penyelidik di bawah penyeliaannya pada 22 Feb. lalu, terpaksa jugalah pergi sekolah walaupun masih..errr agak malas..:D (bukan sikap yang baik untuk diikuti terutama bagi kanak-kanak bawah umur!!)..Nik sebagai R.O. makmal MEMS tiada untuk mencatat...jadi tanggungjawabnya tertanggung di bahuku...sebenarnya suka jugak tanggungjawab ni sebab kaedah yang bagus untuk kekal berjaga dalam mesyuarat di bilik yang sangat dingin hawanya. secara ringkasnya Prof. mengatakan aku dalam bentuk yang baik, kalau nak di terjemah secara langsunglah...yang mana sebenarnya Prof.bermaksud untuk mengatakan aku dalam laluan yang betul setakat ini...tapi dalam hati aku ketawa kecil...iye ke??? harapnya betul lah deria rasa Prof. tu...kalau disemak balik catatan ini...patutnya semester ini dah ke tahap focal theory...aku memang harapkan pesanan Prof. yang terakhir sebelum beralih kepada penyelidik seterusnya...beliau menetapkan hujung semester ini supaya kertas cadangan penyelidikan sebenar yang lengkap di hantar kepada beliau. tak tahulah apa nak jadi...aku sedar tentang kekritikalan fungsi masa yang berlalu dengan cepat dan kemajuan yang telah aku capai...memang tak ku sangkal kata-kata bukan senang nak senang...tapi senang betul untuk bersenang-senang walaupun tahu bebanan yang menimbun...errrgh! FOKUS!!!!!
#untuk catatan - catatan ini ditulis pada hari minggu di rumah mertua, yakni bukan masa prima khusus untuk belajar...:D
Comments