kaji selidik

dalam kebanyakan kajian ilmiah terutamanya peringkat doktor falsafah melibatkan kaji selidik. tapi dalam bidang 'kejuruteraan' tradisional, kajian soal selidik sangat tak relevan, tapi dalam 'kejuruteraan moden' yang banyak melibatkan kejuruteraan serentak atau 'concurrent engineering', pengurusan kejuruteraan 'engineering management' kejuruteraan industri dan seumpama dengannya, kajian soal selidik memainkan peranan yang besar kerana suara pengguna amat relevan dan terletak dia bahagian atas carta manakala kejuruteraan tradisional tadi yang akan melaksanakannya dan terletak di bawah carta...tapi jangan tak tau kebanyakan mereka yang daripada kejuruteraan tradisional ini akan memandang dengan ekor mata je kalau tak pun tersenyum sinis mendengarkan orang-orang kejuruteraan yang membuat soal selidik ini...dipandang remeh dan tak 'engineering' katanya..

aku sendiri ada membuat soal selidik pengguna dalam kajian awal atau pilot study ku, dan sebenarnya memang tak senang untuk dapatkan kerjasama daripada responden, yang beri kerjasama pula perlu ada peratus yang signifikan supaya boleh dipercayai...peratus kecil tertentu boleh menghilangkan kebolehpercayaan isu atau perkara ang dikaji atau dicadangkan...

semalam dan baru sebentar tadi aku baru sahaja menolong seorang kawan yang juga sama-sama belajar untuk mendapatkan maklum balas daripada 'target group' beliau...memang susah nak senang. bila dah dapat data yang banyak pula, satu hal lagi untuk analisis dan manipulasi data dan cadangan awal yang kita dah fikirkan...hmmmmm.

Comments

Popular Posts