Bebelan I

Aku sebenarnya dah suntuk…sebab ini dah semester 5. Sepatutnya ada 6 semester walaupun ada kelonggaran untuk menambah 2 semester lagi, harapnya tidaklah. Tapi akhir-akhir ini


kemalasan menebal, bulan Ramadhan yang mulia ini ku jadikan alasan untuk bekerja seadanya sahaja…adakah ini juga dikira dosa??? Ya Allah ampunilah hambaMu yang maha lemah ini. Aku mudah tergoda untuk meliar ke catatan-catatan menarik orang lain tentang kehidupan dan cerita mereka…ini semua salah/kelebihan internet.

Analisis untuk penilaian subjek menggunakan PKTK yang aku bangunkan dah pun selesai untuk kertas kerja yang belum tahu mana arahnya lagi…Tapi sekurang-kurangnya adalah hasilnya setelah membelanjakan lebih dari RM400 untuk dapatkan penilaian daripada tak sampai 30 subjek. Duit SLAB lah…terima kasih Kerajaan Malaysia kerana sudi menaja saya.

Mungkin juga sebab baru sahaja habis penat bergelumang dengan analisis Statistik (tu sebab mami bercita-cita anak sulung mami kena jadi ahli statistik! Dan belajar di Oxford Islamic Studies kat England tuh…angan-angan mami harap jadi kenyataan! Amiiin) dan SPSS untuk kerja PKTK tu, aku jadi malas untuk analisa data yang ku ambil jauh di UTM Johor nih…belanja pun besar, lebih RM1000 sebab bawa anak-anak dan bibik sekali…Tapi Prof. dengan baik hati benarkan aku buat tuntutan RM600 untuk penginapan…jadilah! Alhamdulillah..walaupun duitnya belumlah dapat lagi. Elok juga sebab mungkin nanti perlu duit lagi untuk buat penilaian subjek berkenaan getaran pulak. Syukur juga sebab PM Dr. Baba pun dah ada ramai RA dan pelajar Master baru yang boleh menolong aku; harapnya. InsyaAllah…man jadda wajada.

Comments

Popular Posts