2009 : melangkah setahun lagi & imbasan-imbasan lalu...

aah...sekejap sungguh masa berlalu...2008 aku rasa sangat pendek. baru sahaja aku melahirkan anak kedua penghujung disember 2007, tiba-tiba rasanya kami menyambut ulangtahunnya yang pertama hari natal yang lalu...

dah tak lama pula nak menjengah ke febuari...sekarang ini ialah semester akhir aku di sini, bumi bertuah ukm ini... sepatutnya...tapi jumaat ini aku sudah dijemput dekan majikanku untuk temubual 'mesra' berkenaan permohonan lanjutan cuti belajar aku...

sekarang ini aku sedang terkial-kial membaiki dan mengolah semula kertas kerja yang telah disemak oleh penilai-penilai jurnal HFM...usai membaiki yang satu lagi ke jurnal bertaraf asian saja. rasanya dah acap benar aku menulis, tapi kesalahan-kesalahn bodoh yang ketara masih jugak diulang, yang aku sendiri tau kebodohannya tatkala melihat semula baru-baru ini...mungkin hijab baru di angkat. teringat kisah..."jangan jadi bodoh di siniiiii" zaman asasi dulu. senyum.

dari minggu lepas sampai ke hari ini, aku masih dikecewakan...belum ada rezeki nak dapat data untuk ujikaji aku yang terakhir...sepatutnya...ikut rancangan aku manusia kerdil di bumiMu ni tuhan...kau yang menentukan. hikmahnya hanya Kau yang tau.

esok aku cuba lagi...dengan doa agar kerja-kerja ini dipermudahkan, cepat selesai dan berguna untuk semua...amin.selangkah aku dekat padaMu, beribu langkah Kau dekat padaku. aku makin yakin.

Comments

Popular Posts