5 September 2006...Fokus PhD

Hari ni sebenarnya hari pertama sejak balik dari percutian yang menyeronokkan bersama keluarga yang tercinta...banyak masa pada hari telah 'disia-siakan' ke atas blog ini...i've changed the template to fit with my mood 'happy and clear'..i also read few others blogs...izan's so motivating and inspirational...



Petikan dari blog Izan...(ada link di side bar)

Dikesempatan ini saya ingin berpesan kepada rakan-rakan yang masih berjuang agar tetap bersemangat kental dan banyakkan bersabar. FOKUS adalah mekanisma yang sangat penting apabila halatuju penyelidikan anda sudah jelas.

Kepada rakan-rakan yang masih baru, pastikan anda semua memahami syarat minima untuk mendapatkan PhD, kerana tiada kelas di dalam PhD. Pastikan anda memenuhi syarat-syarat asas terlebih dahulu, demi untuk menjamin PhD di tangan anda. Setelah syarat asas ini dipenuhi, barulah lain-lain usaha dapat dibuat sebagai kosmetik PhD anda.

PhD yang berkualiti tinggi hanya akan diperolehi sekiranya anda mampu membuat penyelidikan yang
berbentuk 3-Dimensi (bahasa mudahnya kalau anda memasak, masakannya mesti cukup rasa, kelihatan menyelerakan dan dihidang dengan cara yang betul). Thesis yang berkualiti tinggi, kebiasaannya memerlukan beberapa sumbangan novel di dalam thesis anda.

Sebagai kesimpulannya, kecemerlangan PhD anda bukannya bergantung kepada berapa singkat anda dapat menamatkan pengajian anda, atau sedikitnya corrections yang perlu dibuat di dalam viva-voce, tetapi bergantung kepada sebanyak mana sumbangan anda kepada gedung ilmu pengetahuan bidang anda. Kemampuan anda menerbitkan hasil penyelidikan anda didalam jurnal-jurnal yang berkualiti tinggi merupakan indikasi yang lebih tepat untuk menentukan kualiti PhD anda, dan akan terserlah lagi kecemerlangannya apabila thesis/jurnal anda dirujuk oleh pakar-pakar di dalam bidang masing-masing di dalam penyelidikan mereka.

Tidak lupa, thesis yang berkualiti adalah thesis yang RINGKAS, tetapi SENDAT dan PADAT.

Selamat berjaya.

Wassalam.
Wan Malik.

SO DIAN..DO WHAT YOU NeED to DO!!!!God BLESS

Comments

Popular Posts